4.6.09

aku di seranggggg..tolong!

di suatu petang yang hening.........(ayat skema) aku telah di serang di bahagian kepala.serangan itu amatlah menyakitkan.tak pernah aku rase sakit yang sehebat tu.menggigil satu badan menahan sakit.aku di serang semasa di ofis.aku pun tak tau di mana silapnye.ape yang aku buat?aku di serang tanpa sebarang amaran.sekelip mata je berlaku.namun aku kuatkan semangat............

sehinggakan pada satu tahap aku rasa macam nak menjerit minta pertolongan dari orang sekeliling.tapi aku gagahkan diri untuk hadapinye seorang diri.aku tak nak susahkan sesiapa.tepat jam 6 petang aku bergegas pulang.dengan di temani adik dan mak, aku di bawa ke klinik.nasib aku baik sebab takde pesakit lain yang tengah menunggu giliran.aku rase macam nak berlari bila nama aku di panggil untuk terima rawatan.sebaik sahaja masuk dalam bilik doktor,aku rasa macam nak suruh je doktor tu inject kepala aku ni.masukkan pain killer.hadoiiiii...cepatla kasi ubat.

setelah di periksa dan bertanya itu ini.akhirnyaaaaaaaaaaaaaaa....aku di sahkan oleh doktor bahawa aku di serang oleh.............................MIGRAIN......hehehee korang jgn suspen ye!
huishhhh......patutla sakit ya amat.migrain rupenya.selame ni aku ingatkan kalo migrain menyerang pening2 biase je.sekali bile dah kena barulah aku tau betape sakitnye migrain tu.berdenyut denyut kepala otak aku.ini lah kali pertama aku rase sakit kepala yang cukup hebat.doktor menasihatkan aku supaya jangan stress dan elakkan makanan2 yang boleh membuatkan migrain menyerang.contohnye.......elakkan yang masin2,berkafein.hmmmm oklah doktor...terima kasih banyak2.aku di bekalkan sepapan ubat migrain.doktor cakap kalo habis boleh beli kat farmasi.dan dia ingatkan aku, pastikan ubat tu sentiasa ada stok.sebab migrain ni menyerang bile2 masa je.tapi kalo jaga makan dan tak stress insyALLAH dia tak serang.

balik je rumah terus aku telan 2 biji.pastu relax2.anak2 pun macam paham je ibu dia tengah tak sihat.dua2 tu buat hal sendiri.bagusssss anak2 ibu.aku citer kat hubby.dia cakap ape tau.....
"iye?ishhhh...ishhhh kesiannnnn"sambil gelak2.heiiiii ingat main2 ke haaaa..geram pulak aku.
aku serius dia boleh gurau2.bile aku tunjuk ubat ngan resit klinik barulah dia percaya.dia cakap haaaa... kat tempat keje tu janganla tension2.buat dek je kalo kene marah ke hape ke ngan bos.
dah tau perangai bos macamtu,usah di layan sangat.hmmmm yelah.malam tadi aku tido awal.tak sedar apepun.maybe sebab telan ubat.lena sungguh aku tido.bangun pagi tadi pun rase ringan je kepala.alhamdulillah....harap2 hari ni janganla aku di serang lagi...

pagi tadi pulak aku kene panggil ngan PA bos aku.dia tanye nape aku tak join meeting family day semalam..sume ade.aku sorang je takde.lagi2 pulak aku salah sorang ajk.dia macam nak marahhhh je.cepat2 aku ceritakan perkara yang menimpa aku semalam.nasib baik dia percaya.sebab dia kata mase nak balik semalam dia tengok aku lain macam je.tapi dia tak sempat nak tanye......oooo migrain ye.bile dia dengar aku kena migrain,dia pun ceritalah yang dia pun penah kena gak waktu dia kat kolej dulu.puncanye dia terlalu stress.dia nasihatkan aku jangan stress dan jangan makan sayur cekur ngan pisang...ye ke?kalo boleh berpantang setahun insyALLAH migrain hilang.fuiiiyooo setahun!ok lah kak,saye cuba.terima kasih ye kak atas nasihat akak tu....so lepas ni kenalah aku berhati hati bile makan.tak boleh nak main belasahhhh je.hmmmm oklah ye.jumpe lagi esok ye!bye...

1 comment:

yong ibu chem said...

klu tiba kena migrain..aduh mmg sana sini nak marah je...

you might also like: