15.5.09

sedih nya aku...

penderitaan adik Irshad........


Rosmah lawat Irshad di hospital


ROSMAH Mansor diiringi Abdul Azeez Abdul Rahim (belakang, kanan) melawat Irshad Azizan di Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya, semalam. Turut hadir ibu bapa Irshad, Salmiah Abdul Rahman dan Azizan Yusof.


SUBANG JAYA 29 April - Kanak-kanak berusia dua tahun, Irshad Azizan, yang menghidap penyakit kulit ichthyosis bukan saja mendapat perhatian masyarakat malah menerima lawatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor pagi ini.

Rosmah menemui Irshad dan ibu bapanya di wad khas, Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya dekat sini.

Turut mengiringi beliau ialah Pengerusi Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Penyakit kulit Irshad mendapat perhatian masyarakat setelah penderitaan anak kecil itu didedahkan media baru-baru ini.

Dalam pada itu, Rosmah menasihatkan ibu bapa supaya membawa kepada pengetahuan masyarakat sekiranya mempunyai anak yang menghidapi penyakit seperti Irshad.

"Insya-Allah masyarakat akan mengambil berat dan berusaha mendapatkan rawatan secepat mungkin, jangan malu minta pertolongan," jelasnya.

Sementara itu, Dr. Chuan Keng berkata, penyakit itu jarang dihidapi iaitu hanya satu di kalangan 300,000 orang.

Bagaimanapun, jelasnya, pesakit tersebut boleh menjalani hidup seperti biasa tetapi tidak boleh terlalu terdedah kepada sinaran matahari.

Beliau meminta masyarakat tidak menyisihkan pesakit kulit seperti Irshad sebaliknya memberi sokongan emosi selaras dengan konsep masyarakat penyayang.

Sementara itu Dr. Yew Sing memberitahu, Irshad perlu menggunakan sekurang-kurangnya dua hingga tiga tiub krim pelembap (setiap tiub RM70) sehari bagi mengelakkan kulitnya terus kering dan mengelupas.

Beliau berharap masyarakat dapat menyumbang bantuan untuk membiayai kos rawatan Irshad yang menghidap penyakit itu seumur hidup.

"Pihak kami akan minta Kementerian Kesihatan membekalkan krim pelembap khas itu kepada Irshad jika dia dirujuk ke Hospital Baling atau Alor Setar nanti," jelasnya.

Beliau turut menyarankan supaya Tabung Penyakit Genetik ditubuh bagi membiayai kos rawatan penyakit berkaitan genetik.

Mengenai risiko anak mendapat penyakit kulit yang sama jika berkahwin, beliau memberitahu, 50 peratus daripadanya akan menghadapi risiko mendapat penyakit itu.

Pada sidang akhbarnya selepas itu, Rosmah memberitahu, keadaan Irshad beransur pulih dan dijangka keluar dari wad pusat perubatan itu Ahad ini.


dah baca?kesian kan!

tadi mase lunch hour aku gi makan kat tesco extra.sebelum makan tu sempatla beli majalah Harmoni.belek-belek ade la citer tentang penderitaan adik Irshad ni.aku ni cam biasela,kalo bace citer sedih2 pasal kanak2 ni,mulelah sebak.kalo tak silap dah 2 minggu kisah ni tersiar kat paper.ade gak aku bace minggu lepas.tapi macam tak berape nak kisah sangat.

tapi,bile bace kisah dia yang kat majalah harmoni ni,aku rase lain macam pulak.mungkin sebab banyak gambar dia.pastu ade gambar dia nangis mase tgh mandi.aduhhh..sure seksa dia menahan pedih bile kena air kan.kita ni kalo luka sikit pun dah menggelupur.ni kan pulak adik Irshad.satu badan menggelupas,luka,gatal2.sampaikan kelopak mata dia jadi merah sangat.

kalau korang nak tengok dan baca,korang belila majalah Harmoni keluaran 15-31 mei 09 ni.dan setelah 3-4 kali baca.aku ada agenda tersendiri untuk adik Irshad.ada di siarkan no telefon parents dia.so,senang la.InsyaALLAH ade rezeki dan di izinkan tuhan.aku akan laksanakan.




you might also like: