PARIT BUNTAR: “Saya tak dapat tidur semalaman memikirkan keselamatan anak sulung saya yang hilang. Sebaik dimaklumkan mengenai penemuan mayat seorang kanak-kanak di perairan Kuala Bagan Tiang, saya berdoa ia bukan anak saya.
“Bagaimanapun, selepas dipanggil melihat sendiri mayat kanak-kanak itu, hancur hati saya dan isteri (Lim Hai Wei, 25),” kata Lee Boon Chung, 25.
Dia adalah bapa kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang mayatnya ditemui terapung di muara sungai Kuala Bagan Tiang, Bagan Serai, kira-kira 120 km dari sini, selepas dipercayai diculik malam kelmarin.
Sebelum itu, Lee Li Xuan, 3, dilaporkan hilang oleh bapanya selepas menonton opera Cina bersama datuknya di Bagan Tiang, Tanjung Piandang jam 10 malam.
dah bace?ape perasaan korang?
kadang2 tu nak bawak anak2 jenjalan pun aku risau.tapi yelah kan,takkan nak terperap je.tak berkembang pulak pemikiran nanti.sekarang ni aku lebih berhati-hati kalau pegi mane2.kalau takde hal penting kalau boleh dok umah jelah.tapi aku paling sedih dan takut kalau bace kes jenayah yang mcm ni lah.melibatkan kanak2.kadang2 di sebabkan dendam,anak yang jadi mangsa.
macam kes adik sharlinie.sampai sekarang tak jumpe2 lagi.kesian sangat.iskkk..ape nak jadi dgn dunia sekarang ni?hmmmmm....