9.12.13

Kami di Legoland.....

LEGOLAND!!woot!wooot!best gila.sape ada plan nak pegi sila pegi cepat ye.rasa nak jadi kanak2 balik bila dah masuk dalam tu.hehehe...ok,haritu aku pegi dengan 3 family.aku 4 beranak,boss aku satu family dengan ofismate aku.percutian kitorang ke legoland ditaja oleh boss.hehee sempena school holiday dgn boss saja bawak staff2 dia yg 2 kerat tu bergumbira lepas berpenat lelah bertungkus lumus dengan kerja yg banyak.so kira ni rehat2 la.happy2.pg ramai2 syok.enjoy sangat :)

Kitorang bertolak hari sabtu 30hb nov haritu.pagi tu lepas final touch up kat rumah customer.terus kitorang gerak ke johor.kitorang singgah Muar dulu.pun utk final touch up rumah customer.dah settle,kitorang lepak jap sementara tggu boss sampai.boss lmbt sket sbb staff2 gerak dulu,dalam pukul 3pm camtu barula kitorang gerak terus ke JB.perjalanan makan masa 2 jam lebih.hujan lebat sepanjang perjalanan.anak2 aku syokla.sejuk sepanjang jalan.yg ajaib nye kan.dua beradik tu tido kejap je.diorang excited nak pegi legoland.seminggu sebelum pegi tu sebok meghitung hari.dalam pukul 6pm camtu kitorang sampai kat hotel kat bandar jb.Grand Sentosa nama hotel tu.tido sana 1 malam.rehat2.esoknya ahad 1hb lepas sarapan pagi,kitorang check out dan terus gerak ke legoland.perjalanan dari hotel ke legoland lebih kurang 30 minit.kejap je.anak2 makin excited bila nampak signboard LEGOLAND.haaahh mak ayah dia pun excited sebenarnya.tapi sorok la...kekeke......

Ok..jomla layan gambar2 kitorang kat dalam legoland ni ye.giler lah!!kreatif tahap gaban.ada banyak tempat dalam tu.besor gila.layan dulu mana pic yg ada ni ye.nanti aku upload lagi banyak2...

Ha tengok!kat entrance gate je dah ada macam2 karakter lego.mau tak teruja 2 beradik tu.
korang kalau pegi sini,takyah pakai baju glemer beria tau.cukupla pakai simple2 je.anak2 pakaikan short ngan tshirt sudah.masa aku pegi ni cuaca sangatla ok.redupppp mendung tp x hujan sampaila petang :) pastu takyah nak pakai heels ke kasut baji ke.kang meraung korang nak jalan.pakai selipar ke pump shoe ke sport shoes ke dah.aku tengok cina2 tu pakai mcm nk pegi pasor je pun.hahaa

Jangan lupa pakai cap.bawak payung.yg ada anak kecik.stroller/buggy adalah wajib.kat dalam legoland tu ada jugak diorang sediakan kereta comel yg tolak tu.tp aku x sure bayar ke tak.makanan luar takleh bwk masuk.kalo nk bwk gak jajan2 tu pandai2 la seludup ye.bawak backpack.sumbat dlm tu.

ni sementara tunggu urusan tiket masuk.aku jalan2 kt area hotel legoland jap.ni kat area belakang hotel.mula2 tu ingtkan ini bahagian depan.aku pelikla nape tak mcm dlm gambar?rupanya ni aku kt bahagian belakang hotel.depan dia lagi gempakkkkkk!!!tapi aku tak sempat nak berjalan kaki pegi kt depan.

anak beranak teruja.pandai betol diorang buat ni semua.bandar kecik.semua toys tu bergerak tau.siap ada sound effect.mcm suasana bandar la.adam yg paling teruja sekali.


tggu turn nak naik roller coster.perasan tak kalau dalam iklan kt tv tu ada yg naik roller coaster kepala naga hijau tu?ha yg ni la.aku naik anak beranak.boleh tahan laju gak ni.tersenyap adam ngan alyaa bila benda ni start laju.hahahaa lawak gila.kiranya dari pagi sampai ke petang dalam legoland tu,kitorang main semua permainan yg ada.macam2 ada.panjang sangat kalau nak cerita habis kat sini.apa kata korang pegi dan rasa sendiri.hehehee.nak lagi clear korang check website legoland malaysia ye.dari cara nak booking tiket sampaila korang nak balik.kalau nak beli sovenir legoland,semua gempak2.harga pun gempak gila.hahhaa key chain dia sekecik-kecik lalat tu je dah rm19.90.kekeke tapi comel.

JOM LAYAN GAMBAR.....










you might also like: