12.12.13

Shampoo organic MARRINE ESSENCE BAMBOO SALT.

Assalamualaikum readers :)
ok,harini nak share dgn korang pasal sejenis shampoo yang terbaik untuk wanita2 bertudung dan juga yang free hair.ok,harini nak highlight pada wanita2 bertudung sebab aku sendiri bertudung.so aku nak share lah pengalaman aku sebelum guna dan sepanjang guna shampoo MARRINE ESSENCE BAMBOO SALT nih.aku mmg suka share benda2 best yg bermanfaat dgn sesapa je.
jom baca...

Al-kisahnya,aku start pakai tudung dah lama dah.kalau x silap dari tahun 2001.lama dah tu.sepanjang aku pakai tudung,aku tak ambik berat sangat psl penjagaan rambut.buat tak kisah je.asal ada rambut atas kepala sudahhh.hehehe.pastu kan,aku suka tau campur2 shampoo.kejap pakai jenama ni.kejap kang tukar jenama lain pulak.ikut sukala.kalau time nak beli tu cium bau yg jenama tu sedap.belilah.pastu boring,tukar lain.lama2 kan,aku perasan yg rambut aku berkelemumur.mula2 rasa gatal2 masa pakai tudung tu.garu jela.syokkkk je krukk krukkk kan.sekali bila balik rumah.bukak tudung,haaaa hambek ko!pakai plk tudung kaler hitam.berrrrtompok-tompok kelemumur melekat kt tudung aku.eiiii tension je masa tu.pastu start gugur.makin lama makin banyak gugur dan kelemumur.tapi aku still tak amek port pun psl shampoo2 yg aku pakai.tak rasa pun yg penyebab masalah2 tu puncanya shampoo.aku pun masa tu mmg ahhh biarlah.bukan sape tau pun.keluar rumah kepala bertutup.

sampailaaa  aku kahwin,masalah rambut tak selesai lagi.tak lama pas kawin tu.aku pregnant.pastu lepas bersalinkan yg sulung.aku perasan rambut gugur aku makin serius.makin nipissss rambut dah nmpk kulit kepala.erkkk!!perubahan hormon pulak.kata doktor.itu normal katanya.kena pandai pilih shampoo.haiii..shampoo yg kat kedai tu jelah yg aku tau.kalau nak pg jumpa specialist ni mmg takla.duit lagi.konfem dia soh beli shampoo yg mahal2 kan.
sampai suami aku bising.bangun tido penuh rambut berguguran atas bantal.kat tilam.pastu kat lantai.hari2 vaacum.kat dlm bilik air usah cakapla.kat lubang air tu penuh rambut aku je.kat towel pun.arghhhh!!tension gilakkk!ada masa rasa nak botakkan je kepala ni.setahun lepas tu murah rezeki aku dapat sorang lagi zuriat.samelah masalahnya.heheheee...dah potong pendek pun still gugur.kelemumur pun tak hilang,cuma berkurangan je.ada sekali tu pegi saloon,nyonya tu soh beli shampoo dia sebotol rm89.erkkk.xpelah nya,lain kali jelah saya beli ye nya.huhuhu

aku pasrah jelah ngan masalah rambut aku ni.pakai jelah shampoo yg jual kt kedai tu.yg anti ketombe lah.utk rambut berminyak lah.rambut gugur lah.gasak ko lahhh!ha lagi satu lupa,rambut aku ni tak boleh dibelai-belai.malam ni belai.esok berminyak.kalau lps bershampoo.sehari pastu dah start kemek.berminyak.sampailaaaa aku jumpa shampoo ni,shampoo MARRINE ESSENCE BAMBOO SALT.yang dalam botol hijau tu.harga sebotol tu rm33 untuk botol size 250ml.bagi aku itu mahalla tu.tapi bila pikir2.sampai bila aku nak menanggung masalah ni yg dah bertahun-tahun tak selesai.sebab apa mahal?sebab shampoo ni berasaskan bahan2 semulajadi/organic.dirumus dari sumber2 kaya mineral. *
boleh rujuk gambar poster kat bawah sana ye*

aku start pakai dengan harapan.selesailah masalah rambut aku nih.ok,secara jujurnya.lepas seminggu aku pakai shampoo marrine essence bamboo salt ni,yg aku perasan,bila keluar pegi keje,seharian kt luar.ambik anak sekolah tengahari cuaca panas.kulit kepala dah tak gatal2.selalu kemain gatal lagi.tak sabor2 nak masuk kereta sbb nak garu.esoknya aku rasa lagi.kebetulan cuaca terik.eh!tak gatal2 la!haaa bagus nih.
aku teruskan pakai.kali ni aku perasan,bila keringkan rambut pakai towel,dah kurang pulak rambut2 melekat kat towel aku.bila sikat pun dah tak banyak rambut tertinggal kat sikat macam dulu2.alahai syoknyaaa!aku bagitau kat suami.dia cakap 'haaa bagusla tuuu.takdela asyik dia nak kena vaacum lantai nak kena bersihkan sikat.hahahaa.bagus betullah shampoo marrine essence bamboo salt nih.masa tu shampoo jenama xxx aku dah tak pandang dahh.kekeke.sammmmpaila harini,aku masih setia dengan shampoo tu.rambut dah tak gugur.kelemumur dah hilang.kulit kepala dah tak cepat berminyak.rambut makin lebat & sihat.lembuttt je.gituuuu!

memang aku syorkan 100% kat korang yg ada masalah kulit kepala,masalah rambut.shampoo marrine essence bamboo salt nih bagus sangat2 sebab FREE PARABEN.maksudnya tak merengsakan kulit kepala.SOAP FREE.formulasi yg tidak mengeringkan kulit kepala&rambut.kaya dengan MINERAL di mana dpt membantu menyihat dan menguatkan akar rambut.sumber mineral ni dihasilkan oleh garam buluh tadi.iaitu garam dari laut yg dibakar didalam buluh sehingga menghasilkan mineral.ANTI BAKTERIA membunuh bakteria yg merosakkan kulit kepala dan rambut.dan mengandungi HARUMAN AROMATERAPI yang dapat memberi kesegaran berpanjangan.

hahh!panjang lebar cerita aku harini ye :D

sesiapa yang ada masalah kulit kepala,masalah rambut gugur,berminyak,kulit kepala kering berkuping,rambut cepat berbau,uban dan yg sewaktu dengannya.boleh call saya untuk info lanjut pasal shampoo marrine essence bamboo salt nih.alhamdulillah,ramai dah yg order dan dah banyak terjual.semua customer berikan feedback yg baik.ramai yg dah selesai masalah.alhamdulillah :D

kat gambar ni adalah ramuan2 yg digunakan di dalam shampoo marrine essence bamboo salt.semuanya dari sumber alam semulajadi.takde sebarang chemical digunakan.insyaallah selamat untuk seisi keluarga.anak2 kecik pun sesuai.
Harga sebotol ialah rm33 (250ml)
saya adalah agen yg sah.boleh call saya terus 019-3970318 atau whatsapp saya.selamat mencuba :-)

9.12.13

Kami di Legoland.....

LEGOLAND!!woot!wooot!best gila.sape ada plan nak pegi sila pegi cepat ye.rasa nak jadi kanak2 balik bila dah masuk dalam tu.hehehe...ok,haritu aku pegi dengan 3 family.aku 4 beranak,boss aku satu family dengan ofismate aku.percutian kitorang ke legoland ditaja oleh boss.hehee sempena school holiday dgn boss saja bawak staff2 dia yg 2 kerat tu bergumbira lepas berpenat lelah bertungkus lumus dengan kerja yg banyak.so kira ni rehat2 la.happy2.pg ramai2 syok.enjoy sangat :)

Kitorang bertolak hari sabtu 30hb nov haritu.pagi tu lepas final touch up kat rumah customer.terus kitorang gerak ke johor.kitorang singgah Muar dulu.pun utk final touch up rumah customer.dah settle,kitorang lepak jap sementara tggu boss sampai.boss lmbt sket sbb staff2 gerak dulu,dalam pukul 3pm camtu barula kitorang gerak terus ke JB.perjalanan makan masa 2 jam lebih.hujan lebat sepanjang perjalanan.anak2 aku syokla.sejuk sepanjang jalan.yg ajaib nye kan.dua beradik tu tido kejap je.diorang excited nak pegi legoland.seminggu sebelum pegi tu sebok meghitung hari.dalam pukul 6pm camtu kitorang sampai kat hotel kat bandar jb.Grand Sentosa nama hotel tu.tido sana 1 malam.rehat2.esoknya ahad 1hb lepas sarapan pagi,kitorang check out dan terus gerak ke legoland.perjalanan dari hotel ke legoland lebih kurang 30 minit.kejap je.anak2 makin excited bila nampak signboard LEGOLAND.haaahh mak ayah dia pun excited sebenarnya.tapi sorok la...kekeke......

Ok..jomla layan gambar2 kitorang kat dalam legoland ni ye.giler lah!!kreatif tahap gaban.ada banyak tempat dalam tu.besor gila.layan dulu mana pic yg ada ni ye.nanti aku upload lagi banyak2...

Ha tengok!kat entrance gate je dah ada macam2 karakter lego.mau tak teruja 2 beradik tu.
korang kalau pegi sini,takyah pakai baju glemer beria tau.cukupla pakai simple2 je.anak2 pakaikan short ngan tshirt sudah.masa aku pegi ni cuaca sangatla ok.redupppp mendung tp x hujan sampaila petang :) pastu takyah nak pakai heels ke kasut baji ke.kang meraung korang nak jalan.pakai selipar ke pump shoe ke sport shoes ke dah.aku tengok cina2 tu pakai mcm nk pegi pasor je pun.hahaa

Jangan lupa pakai cap.bawak payung.yg ada anak kecik.stroller/buggy adalah wajib.kat dalam legoland tu ada jugak diorang sediakan kereta comel yg tolak tu.tp aku x sure bayar ke tak.makanan luar takleh bwk masuk.kalo nk bwk gak jajan2 tu pandai2 la seludup ye.bawak backpack.sumbat dlm tu.

ni sementara tunggu urusan tiket masuk.aku jalan2 kt area hotel legoland jap.ni kat area belakang hotel.mula2 tu ingtkan ini bahagian depan.aku pelikla nape tak mcm dlm gambar?rupanya ni aku kt bahagian belakang hotel.depan dia lagi gempakkkkkk!!!tapi aku tak sempat nak berjalan kaki pegi kt depan.

anak beranak teruja.pandai betol diorang buat ni semua.bandar kecik.semua toys tu bergerak tau.siap ada sound effect.mcm suasana bandar la.adam yg paling teruja sekali.


tggu turn nak naik roller coster.perasan tak kalau dalam iklan kt tv tu ada yg naik roller coaster kepala naga hijau tu?ha yg ni la.aku naik anak beranak.boleh tahan laju gak ni.tersenyap adam ngan alyaa bila benda ni start laju.hahahaa lawak gila.kiranya dari pagi sampai ke petang dalam legoland tu,kitorang main semua permainan yg ada.macam2 ada.panjang sangat kalau nak cerita habis kat sini.apa kata korang pegi dan rasa sendiri.hehehee.nak lagi clear korang check website legoland malaysia ye.dari cara nak booking tiket sampaila korang nak balik.kalau nak beli sovenir legoland,semua gempak2.harga pun gempak gila.hahhaa key chain dia sekecik-kecik lalat tu je dah rm19.90.kekeke tapi comel.

JOM LAYAN GAMBAR.....










you might also like: